Wednesday, September 23, 2009
mari
renung kata2 yang ku susun khas buat GURU2 di mana saja berada.. yang baru, yang lama mahupun yang-baru-berGaji-hari.. eseh (mauTahJua) au bah au bah ani versi serious ni.. (badut part-time-inda-on-duty time ani) bah bah serious~ serious~
pernahkan kamu tanya
"apa tugas guru sebenar2nya?"atau haruskah kamu perSoalkan tanggungjawab seorang Guru?
pernahkah kamu renung ke-berada-an kamu sekarang, kejayaan yang kamu perOlehi, atas kerja keras seorang guru? baik di dalam kelas mahupun di luar kelas, yang membentuk diri kita secara keseluruhan.. (eee.. jan tah kan ungkit2 jasa indung apa, ani cerita sal guru2 saja dulu).. bah sambung-sambung...
saya bertemu seseorang yang memang saya hormati sejak sekolah menengah,
beliau berkata "apa saja kepayahan yang kita hadapi, yang memberi semangat adalah KAMU", sambung beliau "setelah melihat kamu mendapat kejayaan, ianya bermaksud bahawa saya telah menjalankan tugas saya"
kata2 tersebut memang memberi saya semangat,
meluaskan pandangan saya ke pelbagai dimensi.. kemudian hati saya berbisik dengan rasa penuh kesyukuran "it is ok to be a teacher, yes, alhamdulillah".. memang benar ada yang berpendapat bahawa kerja sebagai guru
tidak bernilai tinggi dan
tidak memuaskan standard hidup masing2.. itu memang lumrah hidup, segala2nya tidak cukup, tidak sempurna, tidak glamour.. jikalau di tanya "kamu mau jadi guru?" selalu di jawab
"inda mau, muridnya gila2".. cuba lihat nanti, jika murid yang 'gila2' tersebut jadi anak yang berguna, datang menemui kita dan berkata "terima kasih cigu".. bukankah tinggi nilainya tugas seorang guru? tidakah ianya memuaskan jika ini berlaku?
jangan senang2 menilai tugas seorang guru..
yang layak menilai hanya guru tersebut..
bapa saya sendiri berkata "jauh mencari ilmu, akhirnya jadi guru jua"... dimana2 status guru memang di pandang rendah... kata2 bapaku memang benar, jauh2 seberang lautan mencari ilmu, yang ku dapati kerja 'kebanyakan'.. pada mulanya saya tidak gemar akan GURU, hanya redha akan rezeki sebagai seorang ahli biasiswa.. tapi apa yang dapat ku fahami, lebih baik aku mula dari bawah; jikalau aku jatuh tidak jauh gugurnya, jika sudah jauh ke atas, plateform ku sudah keras..
akan ku jalankan tugas ku sebaik mungkin, insyaAllah
erti kata lain "mun berani JADI-CIGU-BAH" hehehe
~Selamat Hari Guru~
Dariah; 10:31 PM